KISAH
LUQMAN AL-HAKIM SANG TELADAN DAN BIJAKSANA
Dalam sebuah riwayat menceritakan,
pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor
himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman
itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang
rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus
dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan
anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu
berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap
menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik saja mendengar kata-kata itu,
Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya.
Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki
seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar
percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian
terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan
himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua
beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang
sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas
seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia
mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal
kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan
kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya
kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan
tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang
agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang
kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga
perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan
meringan-ringankannya."
Diambil dari :
Pustaka Islami