Home » » KONSEP WASATIYYAH DALAM ISLAM

KONSEP WASATIYYAH DALAM ISLAM


KONSEP WASATIYYAH DALAM ISLAM        

    Hai sobat muda yang dirahmati Allah swt,begitu indahnya ajaran Islam,dan gampangnya penganutnya memahami dan menjalankan ajarannya.Hal ini dikarenakan ajarannya yang mempunyai konsep sederhana dan rasional sehingga mampu memikat manusia secara fitrah supaya bersama dengan Islam.
            Di antara ajarannya yang sangat sederhana adalah wasatiyyah. Kita kerap kali mendengar istilah wasatiyyah yang diterjemahkan secara bahasa sebagai sederhana dan moderat tidak melampau.Sayangnya kita sering mengartikannya dengan makna harfiyahnya saja dan menutup mata dari makna-makna lain yang terkandung di dalamnya.Padalah kalimat ini telah tercantum di dalam Al Qur’an yang berarti mempunyai makna yang sangat berarti yang perlu kita ungkap.

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ  شَهِيدًا (البقرة 143)
“Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Islam), sebagai umat pertengahan. Agar kamu menjadi saksi ke atas manusia yang lain dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu.” (Surah al-Baqarah : ayat 143)

Makna Wasatiyyah
            Memang pada dasarnya wasatiyyah dari sudut bahasa diartikan sebagai sesuatu yang sederhana, tidak melampau dan moderat. Al-Imam Dr Yusuf al-Qaradhawi telah menerangkan beberapa makna yang terkandung di dalam konsep wasatiyyah.

1.Umat Yang Adil
            Dari Abu Said al-Khudri yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Ahmad,:
“Sesungguhnya Nabi SAW telah mentafsirkan wasatiyyah dengan keadilan.” (Riwayat al-Bukhari)
            Fitrah manusia sebenarnya tertarik dengan ajakan keadilan kerana hal ini adalah tuntutan universal. Sama ada non muslim atau atheis, semuanya mengaku ingin menegakkan keadilan. Cuma anjuran untuk berlaku adil hanya diajar oleh Islam melalui petikan ayat al-Quran yang berbunyi :

“Sesungguhnya Allah memerintah (kamu agar) berlaku adil dan ihsan...” (Surah al-Nahl : ayat 90)
            Rasulullah SAW menegaskan konsep keadilan yang memerangi amalan diskriminasi sebagai tanda betapa serius Islam menjaga keadilan untuk semua. Baginda dengan tegas telah bersabda yang diriwayatkan dari Aisyah ra:

إنما هلك الذين من قبلكم أنهم كانوا إذا سرق فيهم الشريف تركوه وإذا سرق فيهم الضعيف أقاموا عليه الحد وايم الله لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها

“Sesungguhnya rusaknya generasi yang terdahulu, sikap mereka apabila golongan bangsawan mencuri, mereka biarkan. Apabila golongan bawahan mencuri, mereka kenakan hukuman. Demi Allah jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku sendiri yang akan potong tangannya.”(sunan Abi Daud jilid 4 hal 230)

2.Umat Yang Konsisten
            Bermakna terpelihara daripada kemungkaran dan penyelewengan. Pemahaman ini diambil dari ayat:
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan yang engkau beri nikmat, bukan jalan golongan yang dimurkai dan bukan jalan golongan yang sesat.” (Surah al-Fatihah : ayat 6-7)
            Jalan yang lurus ialah jalan yang sederhana tidak melampau. Imam Ahmad telah meriwayatkan bahawa Baginda Nabi SAW telah menafsirkan bahawa golongan yang dimurkai adalah Yahudi dan yang sesat adalah Kristen.
            Prinsip wasatiyyatul Islam ialah dengan konsisten tidak mengikuti kegagalan Yahudi dan Kristian. Golongan Yahudi dimurkai kerana ketagihan melakukan mungkar sehingga membunuh nabi mereka. Manakala sesatnya Kristen kerana ketagihan melakukan bid’ah sehingga mendewakan nabi mereka ke tahap tuhan. Maka wasatiyyah dalam Islam yaitu bermakna tidak melakukan perkara mungkar dan menjauhi perkara bidaah melampau yang menyesatkan.

3.Umat  Teladan
“...Agar kamu menjadi saksi ke atas manusia...” (maksud petikan daripada surah al-Baqarah : ayat 143)
            Umat pertengahan yang dirmaksud adalah umat yang sentiasa diperhatikan untuk dijadikan sebagai contoh.Setelah  memeluk ajaran Islam dan mengamalkan segala aspek yang terkandung di dalam ajarannya dengan berakhlak mulia dan selalu menjaga toleransi antar sesama maka seseorang tersebut dapat dijadikan contoh suri teladan bagi pemeluk agama-agama yang lain untuk menjunjung perdamaian dan keamanan dunia .    
4.Umat Yang Kuat
            Apabila kita berinteraksi dengan sunnah Allah, pertengahan merupakan satu kedudukan yang terkuat. Al-Imam Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengajak kita berfikir, “Apakah kalian tidak memerhatikan, umur muda merupakan umur yang terkuat. Masa muda berada di tengah-tengah  umur manusia. Mereka hidup di pertengahan antara dua kelemahan. Yakni kelemahan masa kanak-kanak dan kelemahan masa tua.
            Maka konsep wasatiyyah di dalam Islam bermakna umat yang membina kekuatan dan memanfaatkan segala yang dimiliki untuk menjayakan Islam di atas muka bumi. Bukanlah makna wasatiyyah umat yang lemah dengan ketiadaan daya dan  upaya untuk mempertahankan agama sendiri.Dan masih banyak lagi makna-makna yang terkandung di dalam konsep wasatiyyah ini.Mudah-mudahan Allah swt membuka wawasan kita agar lebih luas lagi dalam memahami sesuatu yang terkandung di dalam kalam-kalamNya.

Berbagi itu indah: :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2011. Mahad Aly An-Nuaimy - All Rights Reserved
Template by Creating Website